forgiveness

"The purpose of forgiveness is to allow yourself
...the permission to move on without the hurt
...the memory lasts as a reminder not to allow the hurt back in."
-Carmel Dagiandis

Sunday, January 31, 2010

semalam (I)

Rite now, I am actually forcing myself to write. It has been quite a long time since my last post. Masa padat ng arrangement tuk sesuaikan diri ng job baru. Alhamdulillah, rasa serasi sangat, and by time I hope masa yg sepatutnya banyak terluang tu, dapat angah gunakan sebaiknya.

Semalam, angah habiskan petang bersama chris. Tekanan kerja jadi isu kali ni. Since angah (insyaallah) da kenal environment yg die lalui skang, banyak yg kami share.

Tp kan, nk cakap pasal tekanan, mane kite pi pn, mesti ada tekanan, tak banyak, sikit mesti ade. Cume level of pressure tu mungkin tak sama. The form of pressure pn, tak sama. Yang penting bagi angah, how u deal with it.
 
4 tahun kat company yg sama. Tekanan yg sama, alhamdulillah, angah sedar semua yg angah lalui kat sana, tak satu pun yg berlaku tanpa manfaat. dalam 4 tahun tu, i have actually grown up to be a stronger, and a more rational little person (i do hope i am).

and now, dengan ape yg angah buat skarang, semuanya rasa macam baik² je. syukran..

oh yes.. chinese new year ni, angah ikut chris balik hometown die. kat pagoh. i've been there 2 tahun lepas, kalau tak silap. cny gak. she took me to many places. yg masih segar dalam ingatan, there was this chinese boy (a childhood friend of hers) took us up to this one hill in his waja. the ramps were mostly life-riskingly very steep. dorang panggil gunung batu ke, hutan batu ntah. masa tu malam. gelap gelita. tapi bila sampai atas. subhanallah, those amazing feeling.. sampai skrg bile teringat balik, macam ade butterfly kt dalam ni :D

bersambung..

Monday, January 18, 2010

antara haiti dan dubai



Bila dengar cerita dan tengok berita pasal earthquake that struck Haiti last Tuesday, I have this one question that hunger for an explanation. When I tweet, I could hardly find any tweets coming from any accounts that I follow or the followers tweet about any Islamic organization aid for haiti. Amazingly, so many helps are coming out from the churches and the jews etc, but so few from us. Even media kat Malaysia pun agak kurang sediakan saluran untuk kemudahan kita beri sumbangan. Atau angah sendiri kurang peka?

That disappointment led me to search on google about this. and I am sorry that I have to actually visited this site http://barenakedislam.wordpress.com and get disappointed of the truth of some facts. (Read: Where are the pledges of aid for Haiti from all the OIL-RICH ARAB Gulf nations?)

Kenape ye?? Honestly, angah tak boleh tengok burj khalifa tu or ape² projek mega dari dubai. Kinda hurt to see an Islamic country yang kaye camtu, tapi kekayaan agak gagal disalurkan ke tempat yang betul. Kalau kecik dulu, angah ingat lagi mase belajar agama tentang sifat mazmumah ‘kejam’. Membawa maksud ‘tidak adil’ atau ‘tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya’. Kalau tak silap macam tula sikit sebanyak definisinya. Dan bagi angah uae is one of the few. Reason being, angah pernah dengar kisah rakyatnya yg miskin, hidupnya sangatla miskin. Bukan je miskin, tapi hidup seperti pendatang asing di negara sendiri.

Bukan nak bersetuju 100%, even before jumpe site tersebut, persoalan tu dah pn ade dalam kotak fikiran ni. Ape nak dikata?



Maafla, entri ni ditulis dalam emosi yg tak berapa positif. Marah agaknya dengan sikap bongkak, sombong segelintir kita yang satu agama. Bukan nak kata pembangunan kat dubai tu langsung takde kebaikan, tapi cam agak kecewa la dengan situasi semasa. selagi ada yang tertindas, selagi itu angah takkan bersetuju dengan apa pun yang kamu katakan utk 'kebaikan' -kononnya.

Jangan lupa, kita menuju ke akhir zaman. benar, kita dituntut untuk terus berusaha/ bekerja seolah akan hidup untuk seribu tahun lagi. Jangan pula lupa, ibadat seolah tiada esok untuk kita. Setiap kebaikan beserta niat yang betul adalah ibadat. jadi angah turut menasihati diri untuk sentiasa perbetulkan niat. amin..

Untuk haiti, melihatkan kesannya, angah panjatkan kesyukuran dengan segala nikmat yg sedang angah nikmati dan simpati pada yg terkesan dek bencana alam tersebut.

Seringkas-ringkas doa juga merupakan sumbangan :)
Dunia ini hanya pinjaman, Akhirat itulah sebenar tujuan..

Sunday, January 17, 2010

we are never left alone

i talked with c lastnite. it was a long one. we hanged out at mcd in kuchai lama. was thinking of bringing along my laptop which i had it clothed with liverpool's skin. lucky me that i didnt do so, coz after we had taken our seat outside, a group of gentlemen (i think) of mufc came  (for the shirts, some of them had on) and took the seats right behind us. ehhe. kalau tak, issue jugak :) and as it has always been, the look that they were giving to us was  an acceptably 'normal' one ;)

well that was actually not the subject that i want to highlight. it has been quite a long while that we havnt seen each other. all because of the escapism that i had to do and of course of the excitement and the passion that i have in my new commitment now :)

god is great. i am so grateful that she has changed. though we are of different beliefs, we actually shared the same faith. the faith that guide us to be what we are, who we are. does that make any sense to any of us? :) the faith that make us feel that we are never left alone at times when loneliness came to say hi. yes, we are never left alone. thank you allah for this lovely feeling..

Saturday, January 9, 2010

mayday! mayday!

rasi -seorang gadis india, rakan dari ofis lama yg baru sempat seminggu aku kenal, pernah berkata, "mak saya kata, utk kurangkn rasa kesedihan dek kerapuhan hati yg kita alami, cuba lihat kesengsaraan orang yg kehilangan kaki.." angah faham, itu sekadar perumpamaan. tp kata² yg lebih kepada nasihat tu, smpi kini angah masih ingat.

dan baru saja, angah rasa bertuahnya diri, atas dugaan yg datang. sekurangnya angah masih boleh bangkit. mudahnya angah bangkit sebab orang² yg angah jumpa (tanpa mengira title kawan ataupun stranger), semuanya seolah² turut sama membantu untuk angah berdiri semula selepas jatuh.

mungkin sebab itu jugak angah didatangi cerita sedih seorang hamba allah, juga seorang blogger yg aktif menggunakan nama megat (bukan nama sebenar), untuk angah sedar bahawa angah belum benar² teruji. luangkan sedikit masa ke blog saudara megat. semuanya atas saranan rakan blogger yg lain, denaihati yang angah follow di twitter, juga azmanishak (entrinya diretweet oleh denaihati).

segalanya mudah sekarang. hanya perlu sedikit perhatian. nak pulak online banking da ade sekarang, mudahkan urusan kita, bukan sahaja di dunia, juga bekalan untuk di sana nanti. ikhlaskan saja.. :)

nasi ambang dan pengat

hari ni, ayah buat nasi ambang. orang jawa sebut nasi 'ambeng'. 'beng' disebut seperti di dalam 'bengkak', bukan 'bengkel'. ayah jawa sungai buaya, banting. lepas atuk meninggal, kami da tak balik kampung sebelah ayah. baru minggu lepas angah tau yg sorang kawan mase sekolah menengah dulu adalah anak kepada kawan ayah mase kecik. ayah kate name kawan ayah tu kalu tak silap matsom ke maksom?? lantas angah teringat kawan lame. aswat name die. mungkin ayah aswat yg ayah maksudkan. da lame angah tak dengar cerita pasal aswat. kat mane die ye??

raya tahun lepas baru angah jejak kaki balik kat sungai buaya. ikut konvoi raya saudara sebelah ayah. da berubah sangat. tp angah tak boleh lupe kenangan masa kecik dulu. banyak sangat yg angah boleh ingat. antaranya, suasana kenduri kat rumah arwah atuk. majlis cukur rambut along, angah, alang and bancik buat kat kampung. start ika sampai ke bongsu baru kat teluk ni ha.

kalau balik kampung dulu meriah sangat. budak² especially, suke jalan ramai² sambil sedekah duit kat tokey kedai runcit dekat ng masjid dlu. tp last time singgah kat masjid tu, macam tak perasan ade lagi tak kedai tu.

ayah buat nasi ambang hari ni, mungkin sbb teringat waktu dulu kot. angah pun tak tanye banyak. risau pulak kalau hatinya terusik. tapi angah raikan ayah dengan menjamu hidangan tu dengan selera sekali. adik² pn same. lauk² yg ayah masak, saling tak tumpah rasenye dgn yg pernah angah makan waktu kecik dulu. siap dengan serunding, kacang, bilis, ayam masak kicap, mi goreng. mgkin tak lengkap. tp sungguh. rasanya tak lari. cume klu dulu, seingat angah, ade ikan masin bulu ayam :)

lepas tu, untuk supper gaknye, ayah kate nak wat pengat. dari minggu lepas angah da plan nk buat sebenarnye. dengan nenek tina. tp tangguh sampai ayah pulak yg nk buat malam ni. tp mak pulak berebut nak buat. so da jadi pengat tepung pulut campur sagu cara mak :)
pernah tak, diterjah rasa sebak dek perhatian dan kasih sayang yg melimpah ruah, datang dari orang sekeliling? perasaan tu datang kpd angah semenjak dua ni. dan angah tau apa sebabnya. dan kalau benarlah ini yg allah nak angah rasa sekarang, terima kasih allah atas perhatian ini :)

on the 9th day of 2010..

**ehhe tatau nk letak title ape..

baca mingguan wanita tadi. a few interesting and useful articles had captured the attention. satu dr dr. tuah pasal 'amalan untuk memperoleh ketenangan' and another one dari suzana (maaf pgt, bukan suzanna tau ;) entitled 'berkawanlah dengan diari'

bukan bertujuan nak promosikan apa² atau siapa² tp, dua² artikel ni kebetulan datang selari dengan perjalanan hidup angah.

in short. utk ketenangan, amalkan al-ma'thurat. fahami segala maksud. kumpulan doa nabi saw. sape² yg nak al-ma'thurat for free.. do email me.. angah ade a few utk dihadiahkan.. :) insyaallah.. and harap boleh kita sama² beroleh ketenangan.

teringat pada my first diary. angah mula menulis diari sejak sekolah rendah lagi. diary tu angah tulis special untuk diri sendiri dgn perkataan dari abjad² yg dicipta sendiri. dengan harapan kalau jatuh diari tu ke tangan orang lain, orang tu takkan faham ape yg angah coretkan dalam tu. angah cuba hafal abjad² baru yg angah hasilkan sampailah angah dapat tulis dengan lancar skali dan dapat baca balik diari tu tanpa perlu rujuk pada notes yg angah buat awal² dulu.

sampailah kelalaian angah menjadi bencana pada diari tu. ntah macam mana mase tu angah balik kg, tinggalkan diari kat rumah. notes utk abjad² asing ciptaan angah tu lupa pulak angah pisahkan dr diari tu, maka along yang mase tu tak ikut balik, berjaya men'decode' coretan rahsia angah tu. malu dan marah, tuhan je yg tahu. terus angah ucapkan selamat tinggal pada diari tu. and lepas tu, lame jugak angah berhenti menulis.

ingt balik, sayang jugak kan, napelah angah bakar diari tu. klu tak sekarang da boleh ketawakan diri sendiri and selami balik cara angah lihat kehidupan dari sisi seorang angah yg berumur 11 tahun.

cuma yg angah dapat cari, diari angah ketika berumur 14 tahun. yup i had started having my 2nd diary in my 14. impressed :) and proud of having been myself.

there was this one boy once, asked me.. if i was given a chance, to what year or which part of life did i ever wish to go back to? i had never answer his question. but now only i have the answer, i dont wanna go back.. to any of them.. i had a wonderful life, wonderful people along the way.. i keep those in my heart and from them (life and people from the past) that i learn that there is so much i havent seen, havent been thru, havent met yet. and allah had it all planned for each of us. laughs and tears.

and the followings are taken from drafts from my desktop. the internet was very slow. so i decided to keep writing regardless the annoying connection. and this whole week mmg tak sempat langsung online. too busy with my new job.. :) i will post a few photos on my new job later ehhe..

December 26, 2009
Saturday
7:00 p.m.

I have just finished watching Tsunami, caught on camera on History Channel. During the play, (uhmm was it a play? :) my mind couldn’t stop telling me how lucky I am to be alive. Not because of surviving the real tsunami (that had never knocked on my life), but to be on path of life that I am living now.

Tsunami did hit me –it hit my heart, and had caused severe damage. But no one could ever see it because, let it hurt only me. It hurts, only to watch people telling their experiences of losing loved ones, of seeing people they know could not survive the impact, of having to go through the transition of happiness to grief in less than a day time. So let nobody that I love knows about this. They don’t deserve the pain.

Praise be to God. Alhamdulillah. At least I was not put on a same situation, which I had to face the reality that I have lost someone I love for good. Not yet. At least I would someday got the chance to see or maybe just to hear her/him on the phone so we could have a civilised farewell :(  -already did in my dream.. :) ya allah, sampaikan..)

9:00 p.m.

Have just done with cooking for dinner. Only I, two brothers and mother left at home tonight, enjoying game between Chelsea and Birmingham City. 0-0 still.

Apit was helping me with the veggies earlier in the kitchen. While I was busy with the stove, suddenly he cried “Angah help! Get me some water!” I turned to him and ‘smile’. His fingers were caught on the surface of the icy part of the refrigerator. “This is no kidding, quick! Get some water!”

What had happened to Apit reminds me of my favourite childhood tv program ‘911’. There was this one episode covered up a true story of a young boy who got his tongue stuck on the ice when he was alone with his one little sibling at home. It was so fortunate of him for having his company to dial 911 for him. He survived, with trauma of course. What on earth could possibly have told him to do things like that? We have ice-cream to buy from the mart, haven’t we?

December 27, 2009
Sunday
9:00 p.m.

Dark Knight is now showing on HBO. Its not like I am writing about the joker. Just to ‘cherish’ what is happening around for later ;)

Earlier this evening at 5.00, Tsunami caught on camera is shown again on 555. I know apau and ayah would love to watch this documentary as much as I do. so i watch again. now with them.

January 7, 2010
Thursday
11:00 p.m.

Love’s Abiding Joy.

A daughter could possibly break her father’s heart easily. Without realizing that she could do that in many ways.. It is just that, a father is a man. Seeing a man’s tear drops bothers me.. a lot. One of few things in life I wish not to see. i pray to god, let me not be one of them.. amiinnn...

Friday, January 1, 2010

Selamat Datang 2010/1431H

Tahun baru datang dengan semangat baru :) terima kasih. Buku baru. Sepanjang tempoh angah mengusahakan 'ladang anggur' yang tak sempat berbuah hasil, angah terpaksa dengan rela hati menghabiskan masa terluang dengan menonton tv. bukan sekadar menonton, angah juga belajar tentang bberapa perkara menarik utk dipraktikkan. ces, mudah terpengaruh ke angah ni?? ehhe harap² apa yg berjaya pengaruh angah tu adalah sesuatu yg tak mendatangkan mudarat.

mulai hari ni, angah nak letakkan diri lebih isolate :) kenapa ye?? uhmm mungkin terasa lebih bebas kot klu kurang publisiti tentang diri. nafas pn lebih panjang. lagi senang nk realisasikan niat angah tu sekarang sbb ade twitter. yg penting dan manfaat je boleh share (tp tu pun ikut pendekatan individu). lain² yg kurang penting angah letakkan di wayn. angah pilih wayn mengatasi yg lain sbb focus laman sosial ni dgn yg lain. bukan sekadar tambah kawan tapi lebih kepada fungsi travelog and environmental yg jadi focus.

since having network of friends agak pnting sekarang, we cant just refuse to having one.. tp kita ada pilihan untuk kawal pergerakan kita, supaya tak hanyut. tanye je adik² angah, betapa angah sgt suke membebel bile dorang terlalu attached dgn facebook masing². sakit mata ni. tak salah utk punya account facebook tp perlu ada kekuatan  dan kebijaksanaan utk mengawal dan mengurus masa.

baru² ni ade terpikir nak create another blog tuk betul² jadi tempat luahan 95% perasaan and make it a restricted one. it has actually taken me a couple of days to then decided not to have one. fyi, ai ni has written down tak lebih dari 50% of what i have deep inside. bile pikir balik. i just had to do minor adjustment. tak perlu ada banyak tempat untuk different emosi.. so now i decided to keep ai utk terus menulis tanpa lari dari tujuan asal.

kalau boleh angah nak share cerita² yg happy, inspiring, everytime.. tp reality hidup bukan macam tu, ada masa kita rasa macam dipijak², ada masa kita dijulang tinggi. regarless what we might have felt inside, harapnye rasionaliti masih dalam genggaman. dan selagi tak dapat genggam, berikan masa pada diri sendiri dan situasi.

dan lagi, atas sebab tu jugak, angah da remove akaun blogger angah dari yahoo! updates. supaya takdela semak akaun connection angah dgn updates terbaru daripada ai ni. as well as youtube and flickr. tinggal twitter updates je yg my connections boleh nampak. akaun² tu masih exist, cume da xde alerts to the connections. my account semua guna id irniesb. senang je nak cari.

lagi satu akaun yg angah sayang is multiply.. sbb sgt practical. senang nak share media kat situ. and sesape yg nk tgk, xyah sibuk² kene signup to multiply account utk tgk media² yg angah share. so, that is all. lepas ni mgkin akaun lain akan angah tutup. malas nak serabutkan kepala. yahoo! messenger? not my cup of tea anymore. something has unintentionally killed the interest. buat sementara, angah lg suke tweeting :) lets just mail or just call me. lets talk on the phone :) sms pn boleh.

mon dieu! sibuk cerita pasal transition yg da angah buat, lupe pulak pasal countdown malam td. as mentioned in my previous entry, once again, angah join the rest kat dataran merdeka. tp tanak amik risiko terperangkap dalam lautan manusia kami amik port kat depan bangunan persekutuan, dekat dgn dayabumi. sambil makan kacang rebus, tgk gelagat orang.. what a wonderful country we r living in. im so grateful for that. majmuk. i wish my next generation nanti will have the opportunity to enjoy the same. freedom. to celebrate new year together ng yg lain. cume ade segelintir anak muda yg masih tercari² identiti diri yg sedikit menyemakkan pandangan. yg lain? perasaan yg sangat hebat. sempat jugak angah amik video fireworks smlm smpi habis. will upload later on youtube. pastu cam bese, lepas je acara macam ni, cari port makan pulak. ehhe nasib baik jugak duduk kat pantai dalam. takyah gaduh nk cari maka. just name it :)

sampai jmpe lagi..

Thursday, December 31, 2009

New Year's Eve

..thanks Michelle :) thanks everyone..

had to postponed the meeting until today. it was supposed to be on last tuesday before i had to reset the date. i didnt realize the new date was the new year's eve, sampailah semalam. sorry michelle. tak sengaja. but the meeting was great.

in a way i was feeling like, god is very close to me. even with strangers, i didnt feel unsecured. dia hantar macam² jenis orang utk show me few things yg mmg tgh dalam kepala sekarang ni. and we managed to talk about it as if we had ths plans on for quite a long time already.

michelle, for you guys to know. she is a very warm, friendly and has so much to share, everytime we meet. macam² cerita. dari hal beauty care, child's care, diet program, ways to earn extra money blablabla.. cuma cam biasa kita tolak citer pasal politik :) because she was actually 'taught' to talk to people :) funny kan?

even with christina earlier, we talked about how great god is. ops pls dont misjudge us. memang dia christian, and i am a muslim. but still, we have faith. as long as u have faith, miracles happen. and everything that happened to me lately.. they are miracles from god. he's always there for me, for those who believe in him. alhamdulillah.

--what a coincidence. she just called :) macam tau² je, she is now become the topic on ai ;)

and lepas ni pakcu ajak pi fireworks kat dataran. rase cam malas tp, after doing twice the thinking.. join gak la dorang.. i love doing this for some reasons. will capture some photos and post something later..and will tell u y..

..getting ready to say bubbye to 2009, and welcoming 2010. banyak yg berlaku. pahit manis. namun hidup perlu kita teruskan. terima kasih pada semalam yg banyak memberi pengajaran. no regret. no hard feelings.. uhm one more thing, pardon me for the heartbreak i hv caused, utk kata yg mencalar perasaan, utk tindakan luar batasan. angah ini manusia tak sempurna. khilaf sentiasa terjadi. sedangkan nabi ampunkan ummat.. :)

Saturday, December 19, 2009

Gadoh 2009



have just finished watching Gadoh 2009 with apau and alang. it is a good story that tells u reality (facts that always hard for most of us to accept). nope. not to accept but facts that stimulate arguments. let it be positive or negative ones.

for me is simple. if u guys are commenting after the trailer, please don't. comments that valid come out from people who is willing to know the whole of the story (then only he talks). so watch. so u wont come out with stupid/narrow views. :D a bit harsh, am i not? ehhe. 

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru 1431H

cedokan dari site ni :) -cedok saje
sini pun boleh jugak :)

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:
“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

Friday, December 4, 2009

2012

Hi ;) ni just got back from midnite. Movie abes kul 2:15am. Sebenarnye now tgh sangat teruja nk recommend korang tengok 2012. maybe lambat sket baru angah gi tgk kan, but still, it is never too late..

Angah bawak adik² and 2 rakan gi layan 2012. all 8 of us. and I would like to recommend to sape² yg xpi lagi, cubela luangkn masa tgk..

bukan nk suruh percaya 100% ng ape yg dipersembahkan. Kita sebagai muslim sendiri wajib percaya kiamat. Beriman kpd hari kiamat. Dari kecik lagi dah kene hafal rukun iman, rukun islam mase skolah dulu. Tp setakat tu je ke?

Just go, gather ur family, enjoy this movie. Moga datang keinsafan. Just get the feeling. Sbb sebelum ni kita cuma dgr perihal kiamat dari ustaz/ustazah, dari quran, dan kita bayangkan mengikut imaginasi sendiri (mungkin dgn panduan).

2012, (bagi angah) peluang untuk kita visualize simulasi sedikit sebanyak situasi hari itu nnt, hasil bijak pandai karyawan filem barat. Tak perlu dinafikan, dorg ni buat filem bukan hanya berdasarkan ilham, tapi turut berusaha ‘mengkaji’ fakta. Sebab tu most of their films, kuat.

Kita dikurniakan akal. Ape yg patut percaya, kita percaya. Yang tak perlu kita percaya, nilailah sendiri. Yang penting banyak nilai kemanusiaan and kekeluargaan terselit dlm movie ni. Sbb tu rasenye, tak sia² angah bawak dorg tgk. Sekurangnye ade bimbingan org dewasa.n senang jugak nk bercerita pasal kiamat and amalan sbg persediaan tuk tempuh hari tu ng diorang nnt ;)

Untuk angah plak macam baru kene ketuk je kepala ni, banyak lalai ng nikmat dunia..

sekadar nk berkongsi; tak lame dulu angah penah tertarik dgn sticker kat cermin belakang sebuah kereta..
jangan kata pada solat, aku ada kerja.. katakan pada kerja, ini waktu solat
lebih kurang camtulah. sebagai permulaan, apa kata kita sama² cuba amalkan :)

Ok gtg, ehhe tak packing lg ni, gerak kul 11am sok and  kene bangun awal tuk balik teluk anta amer. Keje gile. Sok die ade paper seni tuk spm kul 8. angah doakan moga dimudahkan dia menjawab soalan.. aminnnn…

have a great weekend all.. lov u..

Thursday, December 3, 2009

so long..

Dear friends,

Im taking myself to the north tomorrow. This is a journey I’ve been waiting for. Lame dah hasrat ni disampaikan pada kak siti. Only now that I got the chance. And what excites me the most is, im going to stay there sampai da takde ape nk buat lagi. Its going to be a long long long vacation. Nak hirup udara yg sangat² segar kat kampung orang. Macam da ter’imagine’ suasana pedalaman dalam citer wadi unung tu.

Some of u mgkin da tau that last Monday was my very last day with Cemerlang. I have an LO in my hands now from a publishing company kat puchong. Start keje on next Monday, Dec 7. 2-3 kali bace, the ink doesn’t seem like it is going to cooperate ;p I just cant see my signature on it (yet). ops nope, maybe I will not ever see it. made up my mine. That’s it.

Fokusku sekarang, utk rehat secukupnya. Jauh dari pencemaran. Segala macam pencemaran.

Dapat mesej dr kid awal pagi tadi;
..kak, pjalanan hidup ni terasa panjang, hakikatnya pendek je masa, sampai kita terlepas banyak benda kan?

Yup, takde yg salah atas ape yg kita rase. Sbb kita ni manusia, selagi nadi ni diberi peluang berdenyut, hargailah apa yg mungkin kita rasa. Manis ke, pahit ke, masam ke, tawar ke.. yang penting ada sesuatu yg kita dapat belajar kan?

There is a saying..
As every thread of gold is valuable, so is every moment of time..

Hmm.. rasenye blog ni, yahoo! Updates, twitter and a few other of my social networks takkn terupdate dalam masa terdekat ni. Yg biasa shout tu, just shout klu rindukan angah (ceh, perasaan!).. do call, text me.. I’ll be reachable. Phone bill pn da siap² bayar (takut kene bar plak kn).. I wish myself luck, may it be a fruitful one :) amiinnn..

Bye for now. Jmpe lagi :)

Thursday, November 26, 2009

weekend -cont

sambungan dari entri lalu, weekend

angah baru lepas upload photo² [sudikanlah ke koleksi angah @multiply] yg dpt dikumpul dari perjalanan 1100 km kami  dari kl ke johor. oops tp maafla ade byk jugak photo yg terpaksa angah unshared atas sbb² ketaksesuaian utk dipamerkan :)

thanks to my baby-savvy yg sangat² membantu dalam trip tu. and the bajet also, was not bad. boleh la.. tak lebih rm200 pn. include all. fuel, food. penginapan tak termasuk pn sbb angah tak kisah merempat kat mane pn ehhe..

entri yg lepas, belum pn smpi destinasi [rumah kid], angah da stop. now kite sambung.. dr r&r tempat kami berehat tu, jauh lgi sbnrnye perjalanan tp tak berapa nak ingt. rasanya br nk masuk muar kot.. kid has been a good co-pilot [klu nak ckp pasal tugas die entertain angah along the way]. ade je benda die nk borak. thanks kid. atleast mase tibe² cd player switched itself to radio channel, u were awake. dah la tgh hiway. gelap pulak tu. 1st time it ever happened to me. tp mgkin jugak sbb teknikal kn..

mencabar gak travel ng kid ni. angah sendiri pelik, mcm manela jalan nk ke rumah sendiri pn, ade orang bleh tak ingat. perjalanan yg sepatutnya cume 3-4 jam je, boleh jadik 7jam. uhhu, hujan all the way. kul 5 pagi baru sampai. tu pn lepas sesat sampai ke simpang renggam [hala balik ke utara pulak tu] that we had to buat u-turn balik. terpaksa lalu ladang ape ntah kiri kanan jalan. gelap. nasib ade a few lorries jadi teman. sian ayah kid, terpaksa stay awake tuk bg direction.

sampi je, borak jap, then off to sleep.

tempat baru kot. 8.30am angah da takleh tido. terpaksa layan diri smpi kul 11 br dorg bgn.. yela kn weekend. penat kerja seminggu, time weekend je leh ganti waktu tdo.. pas makan², angah tido sat tengahari tu, then kul 5petang kebetulan mak kid nk ke endau, we decided to follow. so 3 of us, travel ke endau petang tu.

hujan lagi. 7ptg baru smpi. pi 'lelong' [lelong=pasar malam rupenye]. ehhe vocab baru. da abis melawat n spend some RM kat lelong tu, ktorang lepak kat 'benteng', tg. gemok. yeayy, smpi gak angah kt sempadan tu. wah, in a minute je lepas across the river, angah dah masuk pahang :) td baru je kat johor ehhe.  lepas makan  [the food yg kitorg beli kat lelong td] sambil lepak² kat benteng, kid bising suh cari chalet to stay. tp since mak kid kate leh stay kat taska, i turutkan jek. satu malam je pn.

malam tu, kid offer utk urut ehhe. rezeki ;) angah bagi je kaki. cukup la. after die urut her mak. my turn. smpai angh tertido. lena smpi ke pagi. cuma adela 2-3 kali terjaga, tp senang pulak tido balik. penat drive agaknye.

the next morning. kul 9 gerak ke pantai penyabung. kid sibuk nk mandi laut. n emosi angah di pantai paling menduga. kehadiran kid merupakan rahmat utk angah waktu tu. thanks kid. lama berendam dlm air masin, rasa bersih pulak. and kehadiran obor-obor [jellyfish] sekali sekala mengganggu kegembiraan kid. lepas mandi, sempat angah temankn kid kutip seashells on the seashore. teringat plak tongue twister tu ;p sbb tu klu perasan dlm gambar yg dicapture tu, banyak seashells kat dashboard.

target nk balik lepas lunch dlm kul 2 from umah kid [kota tinggi]. but then kul 1 masih kt mersing. a bit rush gak balik ke kota. only after 3 baru dapat setel everitin and off kami ke kl.. ohho lagi sekali mengharap kid dpt bawak kami keluar ke hiway, alih² kami menghala ke singapura :) nasib baik angah perasan signboard, uturn balik..

on the way balik, kali kedua angah alami pengalaman hujan yg tibe² lebat kat hiway. just imagine tgh speeding suddenly ppl bg emergency break.. 3 accidents at once. nasib je angah sempat masuk lorong kecemasan. shaky gak lutut, agak nk luruh gak jantung tgh kete² yg remuk redam tu, [pun sempat gak angah suruh kid capture @multiply] tp rasenye semua ppl yg terlibat dapat trauma jek. 1st time dlu masa balik from melaka ng kak siti and kak yah.

perjalanan seterusnya, terduga dlm hujan yg temani sepanjang perjalanan. maintain speed. sayang nyawa lagi. alhamdulillah. masih ingat pd yg tersayang. that kept me alive :)

**angah perasan entri ni macam takde soul :( tp takpe, angah will come back soon.. layankn je dulu ye..

Wednesday, November 25, 2009

love to share.. :)



introducing my talented 2-year-old cousin-yaya.. such a sweetheart! given name: nur humaira binti zubaidi. tapi angah suke² panggil yaya@merah. ada angah kisah, keh?? ehhe now name tu da jadi ikutan.. this sweet cousin of mine, sangat pandai borak. unlike me.. so now, she's my mentor. tu yang kadang cakap pn jadik pelat. twisted. :)

Tuesday, November 17, 2009

weekend..??

uhmm :) since dinda da tny.. maka 'terpaksa' angah siapkn cepat entry tuk last weekend. berhujung minggu di johor. kota tinggi-mersing-endau. angah ke rumah kid. plan tak lame pn, tak pikir banyak, seminggu sebelum tu fikiran agak serabut, ng kerja n macam².. life kan? kadang² angah rasa kita perlu cabar kehidupan. oops jap, agak kasar gak bunyinye. uhmm ape ye perkataan yg sesuai.. ape yg angah buat minggu lepas lebih kepada "angah cuba 'meredah' realiti, tempuh cabaran, bertindak/ buat keputusan mengikut situasi". pening nk faham apa yg cuba angah sampaikan kn? cubala faham sedikit. sebab manusia kn mmg suka merumit keadaan. angah sekarang cuba merumitkan minda kalian.

mgkin dah biasa, (bukan suka, tapi) mmg da biasa sukakan cabaran. sbb kalau tak cabar diri, angah rasa byk lesson mungkin kite missed utk belajar. tak angah nafikan utk perjalanan jauh, perancangan sangat perlu. tp kalu nk disebut ttg perancangan, kita mungkin berbeza.

utk trip yg sebegini, angah pentingkan niat (perlu jujur dan bertindak dengan ikhlas), doa supaya dimudahkan perjalanan. keluarga tahu mane kite nk pergi, and dengan siapa, bila akan bertolak, bila dijangka balik, pastikan mudah untuk dihubungi, rehat yg cukup, tahu jaga diri dan bajet (sekurangnye ada backup kiranya terjadi kejadian khianat di tgh perjalanan -pandai² la fikir kat mane nk simpan sekeping 'RM50-note-kecemasan').

jumaat, 10 malam bertolak dari kl. with kid and her sister. alang pesan, amik redbull silver less sugar satu tin sebelum gerak. pastu halfway amik satu tin lagi. i follow ;p. and beli gak chips, and nescafe dlm tin, mineral water 1botol besar. cukup bekalan tuk hilangkn rasa bosan drive nnt. minyak isi penuh (sampai membuak² gak, terpaksa claim balik rm2 kt cashier :p

lepas jek senawang, hujan datang temani kitorang, all the way to the destination. cume agak anti ngan bas yg bawak name 'five star'. laju tak, slow pn tak tp setiap kali kite potong, die potong balik, macam hampeh.. (tips: utk lebih selamat, jarakkn kenderaan anda dgn kenderaan berat. tak kisah la kamu jalan dulu, atau bg laluan utk die jalan dulu) tak rugi pn beralah kn.

tak ingt plak kt hentian mane kami rehat. sempatla melawat tandas r&r tu yg sgt bersih n segar jek (sbb die gune concept open air). jalan² melewati setiap gerai yg pelik² name die tu, mate tertarik ng menu 'mi bandung muar'. malangnye not available. beralih menu kepada 'mi jawa rebus' (..ke mi rebus jawa?).. kongsi ng kid. nasib baik kongsi sbb rasanye tak begitu kena dgn selera kami.

dekat sejam rehat, kami teruskan perjalanan... **(da ngantuk plak nih. uhm ges kene sambung sok.. perlu tdo ni..)

Monday, November 16, 2009

no me ames.. -a dedication



angah teringat kisah sebalik lagu ni. bukan kisah tentang lagu ni. tp kisah bagaimana angah jatuh cinta dgn lagu ni. thanks to my fren fithriana (angah panggil fith). mule² tgk je da terpaku. wish i'd have same love story.. i mean, the will to stand for the one i love, til death do us part. tak kire ape pn. sbb betul, the future is not ours to see. macam² leh jadi. tp i have to get ready dgn perasaan n semangat yg macam (presented by JLo) tu. selagi mampu angah harap dpt pertahankan.

sebab tu, angah amik byk masa tuk buka hati ni. sebab angah nk sayang partner angah dgn ikhlas. and sejujur hati. tak kire dalam keadaan ape pn die datang.. sbb dgn cara tu, angah percaya hubungan tu akn kekal. sebab angah bukan sempurna. banyak jugak lacking and perlu bantuan partner tuk kami saling melengkapi.

andai kata angah terima hati sesiapa pn waktu darah muda dulu, hmm ntah, mase tu angah masih akan membandingkn sidia dgn calon yg lebih baik. sbb, tau saje lah, darah muda.. takdelah angah kate sekarang dah tak muda lagi, tp hakikatnya, sekarang hati angah lebih kuat terarah pada yg satu. dan lebih tertumpu kepada bagaimana utk tolerate utk mempertahankan hubungan yg dah dimulakan.

angah harap, dalam setiap hubungan kita, tak kira sesama ahli keluarga, pasangan kekasih yg ikhlas berkasihan, rakan-rakan.. dlm setiap diri kita, perlu kuat sama pertahankan apa yg kita miliki, sebelum kesal di kemudian nnt.. semoga semua mendapat bahagia. amiinnn..

**id like to dedicate this lovely feeling and lovely song to my love, my tweetart..

Sunday, November 8, 2009

emotional intelligence

pagi ahad ni. macam² main kt pale ni.. nk² plak bile bace bende kat bawah ni..
Your emotional intelligence is extremely sharp right now, and you should consult it a bit more as you meet your next challenge. It's not such a bad idea to stop thinking so much and just start doing more. Action doesn't always have to be preceded by days of research and deliberation. Your gut won't usually let you down, and if it does, it's only to teach you something you need to learn.
nk percaya tu takdela sgt, tp angah ni insan biase jek.. nk taknak terpikir gak..biarla hidup ni angah boleh lalui dgn apa cara sekalipun.. dgn cara yg betul.. amiinnn..

ni nak balik teluk plak. mlm ni sambutan kecil²an ulangtahun hari jadi apit, amer and ika. wat sekali harung jek. maklum jek, birthday dekat². bleh jimat belanje gak. kiki..

Wednesday, November 4, 2009

berdua lebih baik.. ;p

smlm angah balik teluk, ade dokumen ayah tggl n hari ni nk pakai. pas balik keje. asalnye cuaca sangat ok. then tgh dok bersiap nk keluar, hujan selebatnye.. uhmm hasrat perlu diteruskan.. malangnye sangkut jem kat piramid.. huh da la perut berkeroncong mintak diisi. macam² kerenah driver kat lembah klang.. 9.30pm smpi umh.. bagi salam, melangkah masuk je..







sejuk hati. dorang tido dpn pintu. maklum cuaca sejuk. berdua lebih baik ;) hikhik. langsung angah ke dapur. mak masak sardin. urmm, selera makan angah skrg luar biasa. amer kate, "tengok je lengan ko tu". i am happy with that comment actually, but i know my tweety agak kurang senang ng per'kembang'an angah skang..

have ths one expert view nk share. ni pn dgr dr mulut org gak.. tp agak bagus tuk dikongsi, tp terpulang kpd penerimaan masing². there is one doctor of bancik's colleague gtau, bile dah umor 30 ke atas risiko untuk penyakit spt sakit jantung mmg dah ade.. adalah bagus untuk kawal makan mase mude tp, jgn terlalu risau memikirkn ttg faktor pemakanan tu jek. sbb faktor lain cam gaya hidup (level of tekanan, sukan/rekreasi) beri sumbangan gak. urm.. lebih kurang camtu la isi die (fail la nk susun ayat formal dgn betul). so buat² paham je la.

living proof: my ayah. dari muda lagi ayah da berniaga, sara kitorg, and sampai skang dok involve ng makanan. melepasi umor 50 br dapat his 1st gout attack. teruk die kene, tp pastu alhamdulillah da ok sampai ni. alhamdulillah, sihat lg. and yg angah kagum, lepas kene 1st attack tu, ayah rajin cari and makan ubat² dr tumbuhan yg hidup liar kat area rumah and kadang carik kat belukar belakang umah. ayah amik daun kayu, rebus, buat stok n amalkn minum hari². bau ubat tu mmg tak hengat. and smpi skang angah tak nampak die pantang makan. semua die belasah. tp of course dlm kuantiti yg tak melampau. and ayah kuat mkn buah and ulam. mungkin tu jugak membantu kesihatan ayah skrg..

while on the other hand. mak. baru skrg nk ikut jejak ayah.. kencing manis. before ths, amik ubat doctor tp makan tak ingat. tak pilih. oops silap, nk mkn pilih yg manis², air batu susah nk tinggal. smpi baru² ni, luke kat kaki sikit, tp sbb kencing manis tinggi, kene tahan wad. now. da ade periuk kt umh yg setia merebus daun kayu mak pulak. ehhe.. good girl, tau takut dok spital.. ;p nauzubillah.. ni dok cakap mak, takut angah pulak yg ngikut nnt. nope, bukan ade niat tak baik, cume another story to tell. n harap angah bleh ingat bende² ni nnt di kemudian hari.

alamak. tak perasan. da menjela.. smpi sini dlu.. :D wish u guys health and happiness!!

Sunday, November 1, 2009

kamu ini sangat comel

sebab itulah angah suka sgt perhati tingkah laku kamu. tam-tam, ijam gesel, bennie II, tam-tam jr., ijam jr.. ade je perangai kamu yg mencuit hati.. dan kamu² ini punya ciri² unik seekor kucing, setiap satunya..
  • bennie II -yg lagaknya seperti hot mama.. agaknya kamu ini suka melahirkan, lalu jarang sungguh angah tgk kamu 'kosong'.. dah berapa generasi agaknya waris² kamu? mungkin silap kami menamai kamu bennie. bennie I dulu pn, cirinya seperti kamu ;) lalu mbawa nama 'bennie' menjadikan kamu bertanggungjawab melahirkan waris² yg sgt comel itu dgn sgt kerap ;p
  • tam-tam -kalau kamu seorang manusia, angah pasti da jatuh hati dgn kamu. baik hati, suka membantu, tak suka buat kacau, dan kamu punya semangat juang yg sgt tinggi utk terus hidup, walau dlm keadaan ape pn. tragedi kamu ditimpa dinding rumah yg dirobohkan alang menjadikan angah lagi sayang pada kamu. nyata kamu takkan biarkan kami bersedih, dengan terus bernyawa. sekarang kamu dah okey kan? dan kamu sgt comel.
  • ijam gesel -bancik pungut kamu dari gerai majlis daerah kt kawasan kilang (di jalan waja). da jadi rezeki kamu dan jodoh kamu utk bersama kami. sebabkan kamu ini sgt manja, maka kamu dinamakan ijam gesel. dan satu lagi, perangai kamu yang suka tidur di laluan orang tu, sangat berisiko boleh mati terpijak, tahu?? tolong ubah itu. contohi tam², dia pandai 'meletakkan/melakukan sesuatu kena pada tempat dan waktunya'.
  • tam² jr. & ijam gesel jr. -kamu batch kedua dilahirkan bennie II. mgkin kebetulan atau semasa buntingnya, bennie II kerap melihat tam² dan ijam gesel maka kamu kelihatan sejibik seperti mereka (padahal benih bapa² kamu berlainan).






kamu pandai cari tempat bermain, tido di mana saja


kamu juga temani angah tidur.. Zzzzz

Saturday, October 31, 2009

lagi fenomena from kabir..



berkesempatan layan another ep. of nur kasih smlm.. lagi sentuhan midas oleh one of my favourite producer/ director kabir, with mira's script. got ths (below) from tv3's site. alamak kreatif nyer dorg ni.. kn angah da jatuh hati.. ;p



just imagine la, klu alang pn leh ok melekat dpn tv pasal nur kasih ni, ape lagi yg angah leh fikirkan.. konon kental, alih² kalah gak ng kabir. welcome to 'the world', so-called tough guys out there..!!